24 Mar 2012

kisah tukang kebun...

t'sebutlah al kisahmengenai seorang lelaki yang baik budi bahasa,indah tutur bicara juga mempunyai sekeping hati yang mendambakan kasih sayang seseorang.
malangnya,kasih yang dipinta tidak ikhlas untuknya..lalu,dalam terpaksa lelaki itu redha dengan apa yang yang t'jadi...hari-harinya diteruskan dengan semangat yang baru..tanpa menyimpan harapan untuk medamba kasih sayang lagi,kakinya menapak tanpa berhenti...terus mengembara di alamnya sendiri dengan penuh ceria..

sehinggalah satu hari,kakinya terhenti di suatu kawasan yang paling indah baginya.t'diam membisu dek pandangan yang serba sempurna di hadapannya.hatinya meronta-ronta untuk terus menapak lagi jauh ke kawasan indah itu..namun,GAGAL..entah mengapa hatinye bagai diasak-asak untuk menjelajah taman yang benar-benar dianggap istimewa itu..

bermulalah keresahan di hatinya..hampir setiap hari mencuba untuk memecah masuk ke taman yang dipagar rapi..pelbagai usaha dilakukan untuk mencari kunci namun masih GAGAL...lelaki berkenaan nekad untuk  menakluki taman tersebut...biarlah dia keseorangan di sana,asalkan taman itu akan sentiasa cantik berseri atas kehadirannya..janjinya utuh terhadap dirinya sendiri untuk menjadi penghuni setia di taman indah itu..

tapi apakan daya,pagar kukuh masih belum terlerai..putus asa bukan prinsip hidupnya..dia terus dan terus mencuba walaupun terpaksa menanggung kepedihan..tanpa disedari,pintu hampir terbuka..namun,lelaki itu masih belum b'peluang untuk masuk..dia mahukan keyakinan daripada pemiliknya untuk dia terus berada di situ...

dan sekali lagi,bukanlah mudah untuk mendapatkan keyakinan yang utuh daripada si pemilik...maka,lelaki berkenaan berterusan mencuba...sehingga akhirnya,dia berjaya menakluki taman hati idamannya..gembira hatinya xmampu diluah dengan kata-kata..lalu lelaki tersebut memberikan hatinya kepada si pemilik taman dan berjanji
"BIAR SAYA  MENJADI TUKANG KEBUN DI HATI AWAK..DAN AWAK AKAN TETAP SEBAGAI CLEANER DI HATI SAYA.."



~Semoga taman-taman hati mereka sentiasa indah dengan kehadiran penunggu setia di dalamnya...mudah2an...

No comments:

Post a Comment